Enjoy!

Yang Menyinggah...

Fall in Love!

Rabu, Mac 26, 2014

Cerpen 1: The Trembling Hearts

The Trembling Hearts
Dua pasang mata yang merenung satu sama lain itu menakutkan manusia di sekeliling mereka. Macam ada arus eletrik macam dalam cerita anime tu. Anna dan Mary sudah menelan air liur entah ke berapa kali. Haih… dah la mereka pelanggan pertama diorang, tapi ini pula yang jadi. Keluh mereka berdua.
“Makcik-makcik sekalian. Boleh tak kita ambil masa untuk bertenang dahulu, kemudian kita…”
“Awak diam!” kata makcik berdua itu serentak. Tak sempat Anna hendak menghabiskan ayatnya sudah kena sembur daa.. dia kembali membisu sambil terangguk tanda faham.
“Kau buat apa dekat sini Jah? Aku ingat hati kau dah busuk sangat sampai dah berkulat-kulat macam ulat sampah kat rumah aku tuh.” Tegur Cik Mah sinis.
“Hati aku yang busuk ke, sampah kat rumah ko yang busuk? Sampai berulat jadinya?” Cik Jah kembali menyerang. Cik Jah sudah makin masam.
“Kau ni, sekolah sampai darjah enam ke sampai perumpamaan pun tak kenal lagi dah? Ulat sampah tu contoh je!”
“Amboi-amboi.. kalau aku sekolah sampai darjah enam, ko tu sekolah sampai darjah tiga je tahu?!”
Anna dan Mary sudah menepuk dahi. Ulat sampah pun nak jadi isu. Umur dah setengah abad. Tapi perangai macam budak sekolah rendah bergaduh pensil!
“Okay.. makcik! Sebenarnya apa tujuan makcik-makcik sekalian datang ke mari? Adakah makcik hendak mengorat seseorang? Atau nak disatukan dengan seseorang? Kami dari butik Every Proposal is Just a Proposal can make it come true!” Anna sekali lagi menyampuk.
“Choii! Korang ingat kitorang ni janda berhias sampai nak disatukan semua?” Cik Mah berapi.
“Choii! Korang ingat kitorang ni perigi cari timba ke?” Cik Mah menyembur. Bagus!, bila bersatu jadi semburan berapi!
“Habis tu?” tanya Mary dan Anna serentak.
Tiba-tiba makcik berdua tu menarik nafas panjang.
========================
            “Ummi nak kamu ceraikan perempuan tu!”
            “Ummi! Dia isteri Naqiu. Tolonglah hormat.” Keluh lelaki itu.
            “Ummi tak kira! Kalau dia anak perempuan tak guna tu, mesti dia macam mak dia juga! Tak guna!”
            “Ummi….” Naqiu merayu.

“Haih? Asal termenung je ni?” tegur Pak Farid. Cik Mah tersentak dari doanya. Entah kenapa dia berasa berdosa sangat apabila teringatkan kenangan pahit dulu tu.
“Teringatkan Naqiu dengan isteri dia.” Perlahan sahaja suara dia.
“Dah-dahlah tu Mah. Diorang dah bercerai dah pun. Bukan ke itu memang kehendak awak dari dulu?” peril Pak Farid.
“Abang..”
“Dah lah, abang nak mandi.” Suaminya terus keluar dari bilik. Meninggalkan Cik Mah yang terkelu.

Pada masa yang sama, nun di sana…
            “Mama, Biha dah balik!” ceria sahaja Nabihah masuk ke dalam rumah dan mencium peluk ibunya. Cik Jah tersenyum menyambut.
            “Mama, Biha nak pergi mandi kejap.” Cik Jah mengangguk sahaja. Sambil melihat langkah anaknya kenangan kembali datang.

            “Biha tak malu ke bila mak dia cakap Biha perempuan tak guna macam mama juga? Tak malu?!” pekik Cik Jah.
            “Ma, apa salahnya kalau malu janji Biha dapat hidup bersama suami Biha. Itu je yang penting ma.” Tangis anaknya.
            “Sudah! Kalau dia hantar surat cerai, tandatangan je! Faham?!”
            “Ma…” rayu Nabihah.

Tanpa sedar setitis air mata
 Cik Jah jatuh ke pipinya membuatkan Cik Jah menyesal dengan perbuatannya yang lalu.
=======================
            “Na.. so macam mana dengan request pelanggan pertama kita tu? Kita kena buat betul-betul ni kalau nak kalahkan Butik The Perfect Proposal tu!” Mary yang dengki berkobar bercakap.
            “Kalahkan tu tujuan pertama. Tapi yang penting kita kena pegang kuat-kuat pelanggan kita ni. Duit masyuk woo!” Anna dengan sikap tamak pula berkobar sekali.
            “Jum kita buat plan. Apa lagi?” kening diangkat beberapa kali.
            “Jum.. ala, plan cincai pun jadi lah. Janji makcik-makcik tu bayar kita mahal punya. Bukan diorang tahu pun plan kita cincai ni kan?”
            “Betul tu!”
=========================
            “Maya, aku perasaan kan. Ada dua makcik ni selalu keluar masuk butik seberang kita tu. Diorang buat projek apa lagi lah tu?” risau pula Maya tengok dari butik Proposal is Just a Proposal dari butik The Perfect Proposal mereka.
            “Pelanggan diorang kot?” Maya endah tak endah sahaja sambil sibuk mengira stock bunga telur yang datang berkotak-kotak tadi.
            “Tapi kan kau tahu diorang tu suka scam pelanggan diorang.”
            “Memang lah. Tapi mungkin diorang dah berubah ke? Kita tengokkan jelah dulu.” Hannah hanya mengangguk.
==========================
Plan pertama.
            “Mana lah Ummi ni? Tadi beria telefon suruh jemput. Laa ni hilang pula?” bebel Naqiu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
            “Mana lah mama hilang pula ni?” bebel Nabihah yang berada di belakang Naqiu. Nabihah juga sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
            Tanpa mereka sedar, Cik Jah, Cik Mah dan budak suka scam pelanggan berada di sebalik bangunan sibuk curi tengok kearah mereka berdua.
            Anna dan Mary sudah saling memandang dan mengangguk. Memberi signal untuk meneruskan plan pertama mereka ini.
            Mereka membuka topi, baju hujan dan juga cermin mata hitam mereka dan menuju kearah Naqiu dan Nabihah.  Anna berpura sibuk melihat telefon bimbitnya dan Mary pula sibuk melihat surat khabar di tangan.
            Dengan sengaja mereka melanggar Naqiu dan Nabihah serentak, menyebabkan Nabihah dan Naqiu melanggar antara satu sama lain dan telefon bimbit mereka jatuh serentak juga.
            Bagus, mengikut plan! Fikir budak suka scam pelanggan tu.
            “Oh, sorry bang! tak sengaja.” Sejurus itu Anna pecut lari.
            “Kak, akak okay? Sorry kak!” Mary turut lari pecut.
          Naqiu dan Nabihah yang sibuk bangun dari jatuh tercengang, tetapi malas hendak fikir mereka berdua cuba mencapai dua telefon bimbit yang terkulai di lantai. Tanpa sedar Naqiu dan Nabihah terpandang antara satu sama lain.
            Anna dan Mary sudah memandnag penuh harapan! Harapan mereka tertarik atau tersentak antara satu sama lain.
            Tapi, tanpa reaksi dan suara Naqiu mencapai telefon bimbitnya dan Nabihah mencapai telefon bimbitnya. Kemudian mereka berjalan kearah yang bertentangan.
            Anna dan Mary sudah tercengang kemudian mereka memandang Cik Mah dan Cik Jah serentak.
            “What happened? Makcik bagitahu kitorang, mereka tu kenal satu sama lain? Habis kenapa diorang macam orang asing?” Anna sudah keras suaranya.
            “You’ve told me, they were married once?! So?” Mary pula bertanya.
Cik Jah dan Cik Mah hanya membisu.
============================
            “So, you nak ceraikan I sebab Ummi you? Masuk akal ke macam tu?!” Nabihah sudah hilang kawalan suaranya.
            “You jangan ingat I tak tahu you ada hubungan sulit di belakang I? ini bukan semua sebab Ummi I je tahu tak?!” emosi Naqiu turut terjejas.
            “Habis you tu? Bagus sangat? Padahal dayus!” pekik Nabihah.
            “Hey!”
            “Apa?! Nak pukul I? dasar dayus!”
            “Betul la kata Ummi I, ypu perempuan tak guna!”
       “Mama I pun betul selama ni, you lelaki dayus! You lelaki tak guna! Anak mak! Lebih percayakan Ummi you dari isteri you sendiri. Dasar dayus!” pekik Biha dengan air mata turun laju di pipi.
            “You!!” tanpa sedar kereta yang dipandu Naqiu hilang kawalan dan cuba masuk ke lorong sebelah. Menyebabkan Naqiu cuba mengelak tetapi bertembung dengan lori dari pihak depan.
            “Arrrggghh!!!” kedengaran jeritan kedua mereka.

            Nabihah dan Naqiu terbangun dari tidur mereka dengan nafas tercungap-cungap. Tangan diletakkan ke dada yang laju.
            Asal aku asyik mimpi yang sama? Kemalangan bila tu? Siapa yang kemalangan tu?
            Fikir Nabihah dan Naqiu juga serentak pada malam itu.
===================================
            “Jadi, sejak kemalangan tu, Naqiu dan Nabihah tak ingat langsung diorang pernah berkahwin. Malah tak kenal pun antara satu sama lain. Kami berdua yang berhati jahat ni terus menerus memisahkan mereka berdua.” Cik Mah menerangkan sambil menangis.
            “Tapi, bila kami tengok mereka sudah berpisah, hati kami pula yang tak sedap. Kami mula dihantui dosa-dosa kami yang dulu. Sebabkan benci dan amarah sanggup kami musnahkan sebuah masjid. Ya Allah, berdosanya kami dulu!” Cik Jah pula menyambung.
            “Kami sangat berdosa! Kami hasut anak-anak kami supaya bercerai. Kami buat rancangan supaya mereka membenci antara satu sama lain.”
            “Jadi, sebab tu kami nak tebus balik dosa kami dengan satukan kami. Tapi, kami tak tahu caranya. Sampailah kami nampak iklan butik ni. Kami pun mula mengharap Cik Anna dan Cik Mary boleh tolong kami. Tolong lah.” Rayu Cik Mah.
            “Tolong lah kami satukan mereka kembali.” Harap Cik Jah juga.
            Anna dan Mary sudah terkelu seribu bahasa.
======================
            “Asal aku rasa macam nak betul-betul tolong diorang?” Mary lembut berbicara apabila mereka berdua baru sahaja masuk ke dalam rumah.
            “Kau jangan biarkan emosi kau terganggu atau terjejas. Itu masalah diorang. Yang penting kita dapat duit.” Ucap Anna kejam yang kemudiannya terus masuk ke dalam bilik dan menutup rapat pintu.
            “Anna, aku tahu kau pun dah mula terusik emosi kau kan?” bisik Mary seorang diri di suasana kelam di ruang tamu rumah sewa mereka.
            Entah kenapa, suasana yang sunyi ini bertambah hening dirasakan mereka.
======================
Plan kedua.
            Anna dan mengetuk kepala ke dinding tanda frust. Mary sudah mencangkung sambil menggenggam rambut. Kenapa hidup ini terasa kelam tiba-tiba? Mereka berdua melihat senario di hadapan mereka.
            Nabihah sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki yang baru menegurnya tadi kerana minat dengan novel-novel dari novelis Ramlee Awang Mursyid. Manakala Naqiu sibuk berborak dengan seorang gadis yang minat anime.
            “Macam mana plan kita boleh gagal ni, Anna?”
            “Aku pun tak tahu, Mary.”
Plan ketiga.
            Anna sudah menjerit geram di dalam kereta dan Mary sudah termenung tanpa sebijik suara pun di sebelah Anna. Kemudian mereka memandang antara satu sama lain dan memandang ke hadapan pula.
            Nabihah menahan teksi, masuk dan terus meluncur pergi. Manakala Naqiu pula sudah masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.
            “Kenapa tiba-tiba ada orang nak buat birthday party pula sekarang ni, Mary?”
            “Kenapa diorang dengki dengan rancangan kita, Anna?” mereka berdua memandang geram kearah pasangan muda yang sedang menyambut sambutan hari jadi di dalam sebuah restoran mewah dan sudah menempah satu restoran untuk mereka sahaja.
            Jadi rancangan mereka untuk meletak Naqiu dan Nabihah di satu meja pada makan malam yang romantic tak menjadi.
            “Kenapa diorang kaya sangat sampai tempah satu restoran?!” Anna bertanya geram.
Plan keempat.
            Gagal.
Plan kelima.
            Gagal.
Plan keenam.
            Juga gagal.
Plan yang entah keberapa entah.
            Juga gagal. Gagal terus!
            “Apa nak jadi dengan kita ni, Anna?” Mary mengeluh. Anna juga turut serta mengeluh.
Mereka yang sedang terbaring lesu di lantai ruang tamu mereka hanya terkelip-kelip memandang kipas di syiling.
            “Macam mana Butik The Perfect Proposal boleh buat semua plan dan semua berjaya?” teringat mereka dengan projek mereka yang kahwin dengan garden sambil ditemani bintang dan kelip-kelip. One of their biggest successes!
            “Macam mana kita tak berjaya pula?” keluh mereka lagi. Panjang sekali kedengaran.
            “Hah!!” jerit Anna sambil bangun bersemangat.
            “Kenapa? Kenapa? Kenapa?” Mary sudah gelabah beruk.
            “Aku ada rancangan.” Anna memberitahu. Mendengarkan itu, Mary kembali bertempek ke lantai.
            “Lupakan lah Anna. Semua tak menjadi kau tahu?”
            “Dengarlah sini! Ni rancangan baik punya!”
            “Apa?” Mary bertanya tak semangat. Anna membisikkan sesuatu di telinga dia.
            “Apa?!!” membuntang mata Anna.
========================
            “Elok-elok bawa van, Maya. Bunga semua kat belakang tu terbalik kang. Kau bertanggungjawab!” Hannah sudah memberi amaran.
            “Lepas jumpa Puan Salina dekat pejabat agama, kita hantar bunga dekat rumah Cik Narimah, kemudian?” tanya Maya dengan jadual mereka berdua pada hari itu.
            “Kemudian bank-in duit. Kau ni pelupa betul!” Marah Hannah. Maya hanya tersengih.
            “Projek Pilot dengan si Cik Simple tu bila nak proceed?” tanya Maya dengan projek terkini mereka.
            “Tunggu Encik Pilot balik dulu la. Mana Cik Simple nak proceed kalau si Encik Pilot tak balik lagi dari terbang and si Cik Vogue taka da kat tanah air?”
            “Betul jugak tu. Okay, dah sampai jum!” ajak Maya selepas memarkir van mereka. Mereka mula melangkah masuk ke dalam bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Klang untuk berjumpa dengan Puan Salina untuk berbincang tentang perkahwinan beliau.
            “Weyh, aku teringin nak makan takoyaki la.” Rengek Maya sambil berjalan.
            “Kau ni…”
            “Betul kita nak laporkan?” perbualan Maya dan Hannah terhenti dek satu suara yang bagai mereka kenal. Mereka terus memasang telinga.
            “Betullah. Ini sahaja jalan terakhir. Percayalah dekat aku.”
         “Nanti diorang kena kahwin lah kan selepas kena tangkap?” Maya dan Hannah sudah tercenang sambil memandang antara satu sama lain.
            “Iye. Lepas tu lepas lah kerja kita. Janji diorang kahwin.”
            “Woi!” sergah Maya. Terkejut dua budak yang suka scam pelanggan diorang tu.
            “Korang berdua sini!” arah Hannah. Mereka menarik dua budak tu menuju kearah parkir kereta.
            “Korang nak buat apa? Nak buat tangkap basah? Ala-ala macam novel dengan drama? Lepas kena tangkap diorang kahwin lepas tu jatuh cinta?” tanya Hannah.
            “Yang korang menyibuk sangat tu kenapa?” Anna sudah menyampah!
            “Korang ni ada otak ke tak?”
          “Yang korang menyibuk dengan hal kitorang kenapa? Just go enjoy dengan duit-duit berkepuk korang tu!” marah Mary.
            “Astaghfirullah. Sebabkan duit lah korang beria scam pelanggan korang ni?”
         “Kalau ya kenapa? Tak puas hati? Sepatutnya kami yang tak puas hati dengan korang! Kenapa korang sentiasa berjaya? Kenapa butik korang sentiasa ada pelanggan? Kenapa?!” jerkah Anna geram.
            “Ya Allah!” Maya dan Hannah sudah tidak terkata.
          “So, jangan masuk campur hal kami dan blah.” Mary menghalau. Kemudian mereka berdua berpusing untuk masuk ke dalam bangunan untuk meneruskan rancangan mereka yang tergendala.
            “Korang tahu tak kenapa korang selalu gagal?” perlahan sahaja suara Maya kedengaran.
         “Korang buat semua ni bukan kerana Allah tapi kerana duit.” Suara Hannah turut kedengaran perlahan tetapi cukup untuk mereka berempat dengar.
            “Tahu kenapa kitorang sentiasa berjaya? Kerana kami ikhlas membantu menyatukan mereka kerana Allah. Kerana kami nak bina masjid untuk Allah!”
            “Pernah korang menerima satu job itu dengan niat untuk membantu bukan kerana duit? Pernah?!” jerkah Maya.
            “Pernah korang enjoy dengan setiap projek korang?” Hannah pula bertanya.
            “Try to be like human first before you help human. Try to be in love first before you help people to be in love. Try to be a good Muslim first before you blame Allah for all your failure!” sejurus itu mereka berdua melangkah dari situ.
            Anna dan Mary tersentak dan terkedu.
===========================
            “Mary… Mary… Marissa Rahim!” panggil Anna.
            “Ye cik Anna Safiyyah Zakaria?” sahut Mary. Mereka sekali lagi bertempek baring di lantai ruang tamu mereka. Sambil memandnag dan merenung kipas syiling mereka yang sedang berpusing.
            “Kau.. kau pernah bersolat?” tanya Anna berhati-hati. Mary hanya tersenyum kelat.
            “Masa kecil-kecil dulu. Kau?”
            “Samalah.” Kemudian hening sebentar.
            “Kau… Kau nak solat sama-sama dengan aku?” sekali lagi Anna bertanya dengan berhati-hati.
            “Mestilah! Anna…”
            “Erm?”
            “Jum beli tudung?”
            “Jum? Lepas asar kita keluar, nak?”
            “Okay..”
            Tanpa mereka berdua sedar. Mereka berbual sambil air mata mengalir sayu di pipi masing-masing. Menyesal atas semuanya. Terima kasih Allah atas kesedaran dan hidayah ini. Dan.. terima kasih Hannah dan Maya.
============================
            “Buat apa nak jumpa kami ni?” Cik Jah bertanya. Cik Mah hanya membatu.
“Kami nak minta maaf.” Makcik berdua itu sudah pelik.
“Untuk apa?”
“Kami hampir-hampir membuat perangkap untuk Naqiu dan Nabihah.” Penuh perlahan Mary berkata.
“Perangkap?”
“Kami hampir-hampir hendak perangkap Naqiu dan Nabihah untuk ditangkap basah oleh pegawai Jais.” Muka menunduk malu.
“Astaghfirullah! Apa kamu buat ni? Kamu tahu tak apa kesan perbuatan kamu tu?!” marah Cik Mah.
“Kami tahu, tapi demi duit kami sanggup buat!” Anna berkata lagi.
“Kurang ajar!” Cik Jah yang kemarahan terus membaling air kosong dari gelas di tangan kea rah mereka berdua.
Anna dan Mary yang terkejut hanya terkebil-kebil sambil mengelap air dari muka dan tudung mereka. Tudung yang mereka baru sahaja beli semalam.
“Kami tak sangka! Kamu sanggup buat apa sahaja untuk duit? Walaupun maruah keluarga kami kamu bakal musnahkan? Sanggup kamu?” Cik Mah sudah terasa darah tingginya semakin menaik.
“Kami tahu kami kejam. Kami tahu kami tidak berperikemanusiaan, kami buta mata dengan duit. Tapi itu semua dulu! Sekarang kami dah sedar. Kami dah sedar semuanya makcik! Itu sebab kami datang jumpa makcik untuk minta maaf juga peluang.” Sebak mereka berdua.
“Peluang?”
“Aah. Peluang untuk kami cuba sekali lagi. Tolonglah makcik! Ini sahaja yang kami boleh buat untuk tebus balik kesalahan kami.” Dengan rendah hati mereka meminta. Sambil air mata mula mengalir tanpa dipinta.
Cik Jah dan Cik Mah berpandangan. Sangsi juga keliru!
===========================
            Naqiu melarikan jari jemarinya keatas bilah-bilah hitam putih piano. Serasa dia, dia tak pernah dan tak pandai main piano. Tapi kenapa hatinya sangat tersentuh apabila matanya memandang piano?
            “Nak main?” tegur tuan kedai.
            “Eh, saya tak pandai main. Saja tengok-tengok.” Naqiu memberi alasan cepat.
            “Tak apa. You duduk dulu. Try ambil feel dulu.”
            “Eh, tak apa….” Tanpa diduga dia sudah duduk dengan piano di hadapannya.
            “Play with your heart, not worksheet.” Tuan kedai tu cuba berpuitis.
            “Huh?” Naqiu sudah tercengang.
            “Alah, yang penting you try dulu maa… sumbang pun tak apa.” Tuan kedai tu memujuk lagi sambil mengambil tangan Naqiu untuk diletakkan diatas bilah piano.
            “Err… okay.” Akhirnya Naqiu mengalah.
            Tuan kedai menunjukkan signal ok ke satu arah. Anna yang berada di sebalik dinding dengan topi dan cermin mata hitam turut membalas tanda okay. Kemudian matanya jatuh ke raut lembut Naqiu.
            Ummi kau cakap, kau dulu pandai bermain piano. Malah selalu main piano dengan bekas isteri kau. Jadi hanya hati kau boleh bantu kau sekarang ni walau memori kau sudah hilang. Good luck! Bisik hati Anna.
            “Subject 1 sudah duduk. Roger!” Anna memberi laporan melalui handset yang dipakai.
            “Subject 2 sudah masuk ke dalam bangunan. Roger!” giliran Mary memberi laporan.
            “Roger!” Anna berdoa sangat supaya Allah membantu mereka kali ini. Kali ini niat mereka betul-betul ikhlas!
            Nabihah hanya melihat dengan selamba setiap barang yang dipamerkan di setiap luar kiosk di pasaraya itu.
            Ting..
            Ting.. ting..
            Ting… ting.. ting..
            Nabihah tersentak dan terhenti langkahnya. Bunyi bilah piano yang ditekan beberapa kali itu menarik perhatiannya. Kedengaran melalui speaker pasaraya yang besar itu.
            A thousand years.
            Nabihah kenal bunyi yang kedengaran itu. Perlahan-lahan memori dia kembali. Perlahan-lahan kaki dia melangkah cuba mencari sumber instrumental itu.
            Wajah sebak Nabihah dipandang penuh sayu oleh Cik Jah dan Mary. Melihat kaki yang menggeletar itu cuba juga melangkah walau kepala berat dengan segala kejutan.
            Begitu juga juga Naqiu yang sudah bergenang air matanya. Entah kenapa jari-jemarinya hanya laju menari di atas piano. Tanpa dipaksa, tanpa disuruh. Kenapa semuanya semulajadi bagaikan air yang sedang mengalir?
            Memorinya kembali menerjah. Lagu yang dimainkan seakan menyakitkan tetapi rindu yang membuak membuat hatinya menyuruh jari-jemarinya terus menari. Kenapa?
            Cik Mah dan Anna sudah menahan air mata. Tak kurang juga tuan punya kedai yang menolong dari segi speaker dan peralatan.
            Orang ramai mula menggerumi kedai peralatan muzik tersebut. Kagum dan seakan tersentuh dengan persembahan Naqiu. Sangat indah dan cantik.
            Nabihah yang dari tadi melangkah perlahan semakin laju, laju dan akhirnya berlari anak mencari. Semakin hampir ke hujung lagu itu semakin resah Nabihah.  Akhirnya matanya tertancap kepada satu kedai yang dipenuhi orang ramai. Perlahan dia melangkah.
            Dengan bersusah payah dia cuba menolak orang ramai untuk dia masuk ke dalam kedai. Dan matanya tertancap kearah satu susuk tubuh. Lama dia merenung.

I need to hurry and go
But I want to listen a little more, a little more
It stops my impatient footsteps
What is this melody?
            “Abang…” bisiknya.
            Terus jari-jemari Naqiu terhenti. Perlahan-lahan dia memandang ke belakang. Setitis air mata jatuh. Dia bangun dengan mata masih kearah Nabihah.
Dia dan Nabihah masih tegak berdiri.

I need to hurry and go
I need to escape this place
But my feet won’t move
Who is that? What is this feeling right now?
Satu tuala dihulur kepadanya. Naqiu terkejut.
“Nama awak Naqiuddin ye? Awak okay?” tanya Nabihah sambil memandang Naqiu. Senyuman terukir di bibir.
“Kau siapa?” Naqiu yang malu melihat senyuman itu mengalihkan pandangan. Bibirnya yang berdarah akibat bertumbuk tadi dilap dengan tangan kanannya.
“Saya Nabihah. Dari kelas 2 Cerdik.” Bibirnya masih tersenyum. Naqiu semakin merah pipinya.

I can’t move, what is this?
That person standing in front of me
I can’t explain these feelings
I can’t breathe, what is my heart right now?
“Pakcik dan Makcik, izinkan saya menikai anak perepuan pakcik dan makcik!” dengan penuh semangat Naqiu meminta izin. Ketika itu mereka baru sahaja habis ijazah.
Bukan sahaja ayah dan ibu Nabihah terkelu. Nabihah sekali terkedu. Kemudian senyuman terukir. Terharu!

I’ve seen this person before
My feet, my hands, I can’t move anything
If that person would stop for a moment
I want to really ask
“Sedap ke Biha masak ni?”
“Of course! Tapi sedap ke tak sedap ke, abang kena habiskan!.”
“Tak nak!”
“Apa dia? Sekali lagi?”
“Tak nak! Tapi kalau Biha kiss abang, jangankan sepinggan, sedulang pun abang boleh habiskan tau!”
“Iya ke? Wah!”
“Jadi?” tanya Naqiu sambil bibirnya mengetuk sedikit bibirnya. Biha tersenyum. Kedua belah pipi suaminya dipegang lantas satu ciuman kecil singgah ke bibir suaminya.
Naqiu tersenyum bahagia.

From underneath your hat, you are looking at me
Why are you only looking like a fool?
What kind of words of the world can I use to call you?
“Ab.. abang… abang??” mulutnya seakan baru belajar perkataan itu.
“Ye Biha?”

Do you know?
How I feel right now?
This time
“Abang rindukan Biha..” setitis lagi air mata jatuh.
“Biha lagi rindukan abang…” Nabihah menahan sendu.

This strange trembling
Naqiu mahu sahaja meluru dan memeluk bekas isterinya itu, tapi dia tahu, mereka masih belum halal. Jadi di tahan sahaja hatinya. Walau rindunya membuak-buak.
Akhirnya mereka tersenyum antara satu sama lain.
Anna dan Mary menyentu sesuatu yang jatuh di pipi mereka. Air mata… sesungguhnya mampu melembutkan hati yang keras.
=========================
“Weh, apesal aku sekali rasa nak kahwin ni?” Anna yang sibuk dengan kenduri terhenti segala kerja dia sambil melihat kepada Mary.
            “Calon pun takdak nak kahwin. Dah lah berangan tu cik Mary! Tolong aku letak gift ke depan, cepat!” arah Anna, Mary hanya memuncung.
            Mary mengikut langkah Anna yang berada dihadapan tapi kepalanya terhantuk di belakang Anna dek kerana gadis itu tiba-tiba berhenti melangkah.
            “Dah, kau kenapa?” marah Mary. Tapi Anna tidak respon. Mary yang pelik, melihat ke depan Anna, apa yang ditengoknya?
            “Kau kenapa tengok Nabihah dengan Naqiu potong kek?” pelik sangat ke?
            “Mary… aku pun rasa nak kahwin!”
            “Ah, sudah budak ni!” Mary sudah menepuk dahi.
            Ya, Naqiu dan Nabihah sudah menikah semula, Cik Jah dan Cik Mah semakin baik hubungannya. Dan, oh ya! Kami dah tukar tagline butik kami. Kalau dulu The proposal is Just a Proposal, kami tukar kepada The Proposal is Just a Proposal but we can make it special for you.
Maklumlah, nak berubah ni biarlah berubah semua. Yang penting kami sudah mula enjoy kerja kami, dan kami pasti akan teruskan usaha membina masjid Allah dan Rasulnya. Insyaallah. Jadi siapa-siapa yang berminat boleh lah telefon kami di talia…
            Paakkk!
            “Kau dah kenapa?” marah Mary. Belakang kepalanya yang terasa perit digosok perlahan. Perit! Perit!!
            “Ni cerpen bukan papan iklan!” Anna marah.
            “Okay…”

Not yet the ending…

Preview tiga tahun lepas….

          “Wah…” Nabihah hilang kata-kata!
          “Just for you..” Naqiu berkata dengan senyuman yang mekar di bibir.
         “Betul? Abang belikan untuk Biha?” air mata Nabihah mula bergenang. Tangan berhati-hati membuka penutup piano yang nampak gah di ruang tamu kecil mereka.
          “Yup.”
         “Mana abang dapat duit? Mahal piano ni!” Nabihah seakan tidak percaya.
     “Pandailah abang cari. Biha jangan risau, walau ummi dan mama halang atau cuba pisahkan kita sekalipun, abang akan tetap bersama Biha dengan izin Allah.” Senyum Naqiu. Dalam dia memandang ke mata Nabihah seakan janji itu dipahat bersungguh.
        “But it’s not stop here, from now on I will play it for you. Just for you..” penuh romantik Naqiu memeluk Nabihah yang masih terharu dari arah belakang.
        “Terima kasih abang…” Nabihah sudah mengalir air matanya. Kepalanya direhatkan di dada bidang Naqiu.


To be continue..

pssstttt~~ dah lama sungguh tak menulis.. harap maaf dengan segala kekurangan dan kelemahan.. saya budak yang baru nak belajar merangkak selepas berapa tahun tak berjalan... huhuhuh... sadis gilerr..